Home / Series / Cuci / Aired Order /

All Seasons

Season 1

  • S01E01 Episod 1

    • February 5, 2025
    • meWATCH

    Afnan berdepan dengan dilema apabila dia disuruh buat pencucian pos-trauma yang tidak pernah syarikatnya lakukan. Tetapi Basyir, anak si mati, cuba memujuknya agar Afnan tidak tolak permintaannya. Emma rasa janggal apabila memulakan kursus perniagaan di politeknik, tidak seperti rakan baiknya, Sabrina. Mairah jadi risau akan masa depannya apabila beberapa kakitangan di banknya diberhentikan.

  • S01E02 Episod 2

    • February 6, 2025
    • meWATCH

    Afnan kelam kabut untuk siapkan rumah Basyir sebelum tetamu sampai untuk tahlil. Basyir sebak berkongsi cerita dengan Afnan, Afnan teringat akan masa silamnya. Emma mula berubah fikiran hendak teruskan kursus perniagaannya, apabila dia berkawan dengan pelajar-pelajar dari bidang sains. Mairah semakin bingit dengan keadaan rumah yang berselerak dengan alat-alat Afnan. Afnan harus membuat keputusan untuk selamatkan CSS.

  • S01E03 Episod 3

    • February 7, 2025
    • meWATCH

    Mairah marah apabila Afnan bertekad untuk sertakan pembersihan pos trauma dalam senarai pembersihan CSS. Emma semakin rapat dengan rakan-rakan baharunya dari Sekolah Sains manakala Sabrina semakin bingit dengan kelakuannya. Ketika Emma berniat untuk menukar kursus sekolahnya, kedudukan Mairah di tempat kerja semakin rapuh.

  • S01E04 Episod 4

    • February 11, 2025
    • meWATCH

    Sambil CSS sibuk mengendalikan kes Rosnah, Emma cepat akrab dengan anaknya, Liyana. Afnan rasa tertekan apabila Raj dan Dani tidak lagi ingin membuat pembersihan pos trauma. Sambil Mairah mencari kerja baharu, Emma bimbang apabila Liyana mengaku ibunya meninggal disebabkan dia.

  • S01E05 Episod 5

    • February 12, 2025
    • meWATCH

    Emma sedang cemas mencari Liyana kerana dia telah dibawa pergi oleh pihak berkuasa yang tidak diketahui. Mairah terpaksa berhadapan dengan jiran-jiran yang suka campur tangan dan komen mengenai usaha Afnan dalam pembersihan trauma, terutamanya Asmah, yang terus berkempen dengan penduduk lain menentang Afnan dan CSS menjalankan kerja "terkutuk" mereka.

  • S01E06 Episod 6

    • February 13, 2025
    • meWATCH

    Satu kes pembersihan trauma baharu datang kepada CSS, kali ini mengaitkan keluarga Afnan. Seseorang yang biasa di kejiranan mula dicurigai ketika usaha baharu Afnan menarik perhatian media. Mairah dan Emma cuba mencapai persetujuan mengenai pilihan bidang pengajian Emma, tetapi suasana meruncing dalam keluarga mereka.

  • S01E07 Episod 7

    • February 14, 2025
    • meWATCH

    Afnan mula cari pekerja baharu CSS, dia terperanjat bila bertemuduga dengan seorang yang dikenali. Emma sedih apabila diserang di media sosial setelah dia sebarkan tentang pembersihan pos-trauma. Rahim, datuk Emma, mula memarahi Mairah apabila mendapat tahu. Aliyah beri cadangan untuk Afnan mendapatkan pembantu bagi Yati, namun Mairah mahu Aliyah berkongsi bayarannya. CSS berdepan dengan kematian luar biasa.

  • S01E08 Episod 8

    • February 18, 2025
    • meWATCH

    Afnan terkejut apabila dapat tahu yang meninggal ialah kedua ibu bapa Salim. Afnan setuju Emma bantu, bersama Nazrul yang ingin rakam untuk dokumentarinya. Hilmi mula dapat perspektif baru tentang kehidupannya setelah kes pertama PTC. Mairah terpaksa tinggalkan Yati untuk pergi bertemuduga.

  • S01E09 Episod 9

    • February 19, 2025
    • meWATCH

    Rahim marah yang Afnan tidak bela Mairah dari kemarahan Aliyah. Nazrul bersemuka dengan Sabrina sebab bersikap kurang ajar terhadap Emma. Mairah membuat keputusan untuk meninggalkan rumah. Pada saat yang sama, akaun sosial media tanpa nama telah memfitnah Emma tentang hubungannya dengan Liyana.

  • S01E10 Episod 10

    • February 20, 2025
    • meWATCH

    Asmah hampir mengetahui yang Hilmi bekerja dengan CSS. CSS menghadapi kes yang sukar: Ummi serta ketiga-tiga anaknya yang keras kepala. Sambil Nazrul dan Sabrina risau tentang kehilangan Emma, Mairah berat hati untuk mulakan kerja baharunya. Aliyah akhirnya luahkan perasaan mengenai Afnan dan Mairah.

  • S01E11 Episod 11

    • February 21, 2025
    • meWATCH

    Afnan bergelut dengan cabaran dalam perkahwinannya, yang kini melibatkan ibunya dan ibu bapa Mairah. Ini ditambah lagi dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh CSS. Emma berdepan dengan khabar angin di sekolah, membuatnya sangsi siapa awan-kawannya yang sejati. Dengan kesemua masalah ini, adakah Afnan terpaksa membuat keputusan yang tidak diduga?

  • S01E12 Episod 12

    • February 25, 2025
    • meWATCH

    Afnan berdepan dengan tentangan atas keputusannya hendak menutup CSS. Asmah minta pertolongan Afan untuk mencari Abdullah. Apabila berjumpa dengan Abdullah, Asmah semakin hiba. Emma meneka orang yang bertanggungjawab atas video viralnya ialah orang yang rapat dengannya. Mairah mula sedar akan sikap Rahim. Afnan tidak pasti sama ada ingin melakukan pos-traumanya yang terakhir.

  • S01E13 Episod 13

    • February 26, 2025
    • meWATCH

    Emma minta pertolongan untuk mencari Afnan. Atas rasa bersalah bertegang urat dengan Afnan, Husin bersungguh-sungguh mencari Afnan. Husin bersetuju untuk selesaikan pembersihan pos-trauma bersama Hilmi dan seorang yang tidak asing lagi. Emma bersemuka dengan orang yang menyebarkan video viral itu. Afnan berterus terang dengan Mairah tentang Ahmad dan masih enggan ubah fikirannya tentang CSS.

Season 2