Home / Series / J.K.K. / Aired Order / Season 0 / Episode 3

J.K.K. Raya 2019

Setelah terpisah bertahun lamanya akibat satu tragedi, Pak Kodi (Ropie) teruja untuk menyambut Raya bersama ibu, bapa dan adik perempuannya setelah sekian lama tidak bersua. Namun, kehadiran mereka mengundang pelbagai konflik di Kampung Kalut! Kecantikan Shima (Nadia Brian), adik perempuan Pak Kodi, persis model membuatkan dirinya menjadi rebutan jejaka-jejaka bujang di Kampung Kalut tetapi mereka tidak tahu tentang satu rahsia besar yang disimpan gadis tersebut. Ayah Pak Kodi, Uncle Danny (Dato' Jalaluddin Hassan) dan ibu Pak Kodi, Aunty Maria (Rozita Che Wan) pula melebih-lebihkan layanan kepada penduduk Kampung Kalut terutamanya Pak Din (Ebby Yus), Kojack (Shuk), Bijan (Issey) dan Lola (Ain Edruce) sehingga membuatkan Pak Kodi rasa tersisih dan cemburu. Adakah Pak Kodi dapat menyambut Syawal yang dinanti seperti yang diimpikan atau ia sekadar angan-angan?

bahasa Melayu
  • Originally Aired June 8, 2019
  • Runtime 44 minutes
  • Special Position Airs after season 4
  • Production Company Malaysia Primeworks Studios
  • Network Malaysia TV3 (MY)
  • Special is Critical to Show's Story No
  • Created April 27, 2025 by
    kurosaki23
  • Modified April 27, 2025 by
    kurosaki23